24 Ramadhan 1431 H
Jumaat, 03 September 2010

  
 
Piagam Pelanggan
 
FNM Cawangan Sarawak
 
Program Karyawan Muda
 
Pertandingan Kreatif Iklan Dan Filem Pendek "Hijrah"
  Perkhidmatan Atas Talian
 
WebMail FNM
 
Intranet FNM
 
e-Lawatan
 
Pinjaman Filem
 
Sewaan Peralatan
 
Perkhidmatan Perfileman
  Prebiu Koleksi Filem
Warkah Untuk Perdana Menteri
raja berpelembagaan
gamat
TEROWONG SMART
Bangau Oh Bangau
Dokumentari
Treler/Kapsul
 
Animasi
  Pautan Laman Web
   Pengunjung
Pengunjung Hari ini :
Jumlah pengunjung :

Kali Terakhir Dikemaskini :
Jumaat, 03 September 2010
Tema : Biru      Hitam | Saiz Tulisan: Tambah Kecilkan | Peta Laman | Soalan Lazim | English
       
  Aktiviti Kelab Sukan
 

          KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN KELAB SUKAN FILEM NEGARA

Oleh : Nurul Asyiqin Shafei

 

Kelab Sukan Filem Negara dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah untuk semua pegawai di Jabatan Filem Negara Malaysia. Kempen ini telah dilaksanakan pada 10 November 2009 bertempat di Studio Pentas Bunyi. Kempen ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

 

Seramai 7 orang pegawai dari Pusat Darah Negara telah hadir untuk menjayakan kempen ini.  Manakala, lebih dari 80 orang pegawai dari Jabatan Filem Negara telah menghadirkan diri untuk menderma dan memberi sokongan. Namun, selepas melalui beberapa saringan, seramai 46 orang pegawai telah layak untuk menderma.

  

Bagi 40 pegawai  pertama yang layak menderma, Kelab Sukan Filem Negara dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati berupa pohon bunga, sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Manakal bagi semua pegawai yang layak menderma, Pusat Darah Negara telah mengeluarkan sijil sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

 

Dengan menganjurkan aktiviti ini, Kelab Sukan Filem Negara berharap agar dapat membantu untuk menambah  bekalan darah kepada tabung darah negara disamping dapat menggalakkan pegawai-pegawai di Jabatan Filem Negara untuk terus menderma pada masa akan datang.

  


MAJLIS SELAUT KASIH SEGUNUNG PENGHARGAAN

 
 
 

Pada 15 Oktober 2009, Kelab Sukan Filem Negara telah menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan  `Majlis Selaut Kasih Segunung Penghargaan`. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk meraikan pegawai-pegawai Jabatan Filem Negara Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada tahun 2009.  Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya di Studio Pentas Bunyi. Seramai lebih 300 orang jemputan yang terdiri daripada pesara-pesara, pegawai yang telah bertukar ke jabatan lain, syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan Jabatan Filem Negara serta pegawai-pegawai dari Jabatan Filem Negara telah hadir untuk memeriahkan majlis ini.

 
 
 

Selain daripada penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Yang Di-pertua Kelab Sukan Filem Negara, Yang Mulia Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah serta tayangan video kepada pesara-pesara yang diraikan, terdapat pelbagai aktivi lain yang dijalankan pada hari tersebut. Antaranya, para tetamu dihiburkan dengan nyanyian antara bahagian yang diiringi oleh `live band` daripada kumpulan `The Blanq`. Band ini merupakan sebuah kumpulan yang bernaung di bawah Kelab Sukan Filem Negara sendiri. Selain itu, para tetamu juga berpeluang untuk menyertai beberapa pertandingan lain seperti pertandingan ikat sampin, pertandingan mencari jodoh, pakaian terbaik serta cabutan bertuah. Majlis ini juga turut memberi penghargaan kepada pasukan bola sepak Jabatan Filem Negara Malaysia yang telah mendapat tempat ketiga di kejohanan MAKSWIP di  Kangar, Perlis pada 14-15 Ogos 2009. Kemeriahan majlis ini diakhiri dengan Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.

 

Disediakan Oleh: 

 

Nurul Asyiqin Shafei

 


 
 
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN
WILAYAH PERSEKUTUAN 2009
 
                           
 
 
TARIKH                  : 14 – 15 Ogos 2009
TEMPAT                :  Kangar, Perlis
 
               Pada tarikh dan tempat yang tersebut di atas Kelab Sukan Filem Negara (KSFN) yang mewakili 
Jabatan Filem Negara Malaysia (FNM) telah menghantar sebuah pasukan untuk menyertai kejohanan ter-
sebut. Kejohanan yang disertai oleh pasukan-pasukan elit anggota kerajaan yang bertujuan untuk melahir-
kan warga kerja yang sihat dan cergas serta mengeratkan silaturahim. Dengan berbekalkansemangat sa-
tu pasukan, dengan `kantong` yang agak terhad dan dengan sokongan  padu pihak pengurusan Jabatan,
pasukan FNM telah berjaya meraih tempat di podium iaitu tempat ketiga keseluruhan. 
               Menjadi naib johan diperingkat kumpulan, FNM layak ke pusingan pertama FNM dan berjaya me-
newaskan Kementerian Sumber Asli dengan jaringan 1 – 0. Pada pusingan kedua pula,FNM menewaskan 
Kementerian KesihatanMalaysia dengan keputusan 4 – 2 menerusi penentuan sepakan penalti. Diperingkat 
suku akhir FNM berjaya menewaskan Kementerian Kerja Raya dengan jaringan 2 – 1 dan seterusnya mara 
ke peringkat separuh akhir. Menentang pasukan yang dianggap favourite diperingkat separuh akhir iaitu 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, FNM terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0 – 1 kepada lawan.
 
             
 
                  Pasukan FNM terdiri daripada pegawai-pegawai yang bertugas di pelbagai jawatan dan 
bahagian antaranya ialah Nasrey Salleh (K), Mohd Amin Othman, Charles Bronson Gunong, Manja 
Bah Lunggok, Rizwanizam Alias, Mohd Farid Omar, Nazril Abdullah, Mohd Safarizal Mohd Saleh, 
Abdul Rahman Raof, Ahmad Sabri Markon, Zainurin Mohamed, Ahmad Junaidi Reappai, Ismail 
Baba (V), Jamaluddin Yahya (V) dan Nazli Mat Noh (PG).
                  Ucapan terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak terutamanya  pihak pengurusan 
FNM,  para penaja, pemain-pemain dan semua warga FNM yang memberi sokongan yang padu. 
Semoga kejayaan ini menyuntik semangat baru dan harus diteruskan demi mengembalikan 
kegemilangan FNM dalam semua bidang.
 
Terima Kasih,

              

Disediakan oleh:    Ahmad Junaidi Reappai
                   

 
AKTIVITI KELAB SUKAN FILEM NEGARA (MAC 2009)

HARI KELUARGA MOI

 

 

 

              Kementerian Penerangan Malaysia telah mengadakan Hari Keluarga pada 7hb Mac 2009 bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan iaitu Yg. Bhg. Dato` Tan Lian Hoe diikuti dengan bacaan doa, nyanyian lagu NEGARAKU, senamrobik dan juga poco-poco. Seramai 1500 orang telah menyertai program ini. Pelbagai acara sukan untuk semua golongan turut diadakan. Antaranya :

Acara Sukaneka

Kategori Penyertaan

Kutip Gula-gula

Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu

Kerusi Berirama

Tiup Belon Sampai Pecah

Kanak-kanak

Bomba Kampung

Golek Rim Tayar

Remaja

Terompah Gergasi

Monorail

Cinta Sayang Buah Terlarang

Bawa Belon Basah

Dewasa

Bowling Padang

VVIP

 

  

              Disamping itu, acara dimeriahkan lagi dengan persembahan artis seperti Bob Mesra, Izwan Pilus, Shiela Abdul dan Ifa Raziah. Tidak ketinggalan cabutan bertuah juga turut diadakan. Tahniah dan syabas buat FNM kerana banyak memenangi hadiah sukan dan cabutan bertuah. Hadiah utama iaitu sebuah motosikal dimenangi oleh En. Sandi Suwardi Md Saufi dari Unit Animasi. Antara hadiah lain yang turut dibawa pulang seperti telefon bimbit, basikal dan barangan elektrik.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Kecil FNM yang terdiri daripada En. Ghani Ali, En. Ahmad Junaidi Reappai, En. Jamaluddin Yahya, En. Mohd Hatta Hamzah, En. Muhammad Fazly Ahmad Fazhil, En. Rafaie Mail, En. Zulkefle Md Din, Cik Zawiyah Alias, Cik Siti Musitah Che dan dan Cik Nurul Asyiqin Shafei @ Safri yang banyak membantu dalam melancarkan aktiviti pendaftaran dan sukan serta menjaga kebajikan peserta FNM.

 
 


AKTIVITI KELAB SUKAN

 

(NOVEMBER 2008)

 

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL DAN BADMINTON

ANTARA JABATAN FILEM NEGARA MALAYSIA DENGAN MAHKAMAH SYARIAH MELAKA

TARIKH       :                   22 NOVEMBER 2008

TEMPAT     :                   MELAKA BANDAR BERSEJARAH

           Pada tarikh dan tempat yang tersebut di atas Kelab Sukan Filem Negar(KSFN) dan Kelab Sukan Mahkamah Syariah Melaka telah berjaya menganjurkan satu program bagi melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Jabatan Filem Negara Malaysia dan Mahkamah Syariah Melaka.  Acara futsal dan badminton telah dipilih dalam perlawanan persahabatan ini dan keputusan untuk acara tersebut adalah seperti berikut.

Acara Futsal

 Mahkamah Syariah Melaka                   vs                Jabatan Filem Negara Malays 

14                                                                  14

Acara Badminton ( 5 Regu )

Mahkamah Syariah Melaka                   vs                Jabatan Filem Negara Malaysia

      1                                                                4

              Ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Jabatan Filem Negara Malaysia dan Mahkamah Syariah Melaka.  Diharapkan program seperti ini akan terus diadakan dan disokong dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pegawai-pegawai yang cergas dan produktif serta meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.