Filem Negara Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, sebelum 22 November 1963 dikenali dengan nama Malayan Film Unit. Malayan Film Unit telah memulakan operasinya dari pejabatnya yang terletak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada bulan April 1946. Pada ketika itu, MFU merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Perhubungan Raya yang kemudiannya menjadi Jabatan Penerangan.
Kompleks Filem Negara Malaysia sekarang yang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke 3, Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 24 Ogos 1965. Dalam ucapan semasa upacara perasmian kompleks baru Filem Negara Malaysia, Allahyarham Datuk Senu Bin Abdul Rahman, Menteri ...