1 Syawal 1431 H
Jumaat, 10 September 2010

  
 
Piagam Pelanggan
 
FNM Cawangan Sarawak
 
Program Karyawan Muda
 
Pertandingan Kreatif Iklan Dan Filem Pendek "Hijrah"
  Perkhidmatan Atas Talian
 
WebMail FNM
 
Intranet FNM
 
e-Lawatan
 
Pinjaman Filem
 
Sewaan Peralatan
 
Perkhidmatan Perfileman
  Prebiu Koleksi Filem
Warkah Untuk Perdana Menteri
raja berpelembagaan
gamat
TEROWONG SMART
Bangau Oh Bangau
Dokumentari
Treler/Kapsul
 
Animasi
  Pautan Laman Web
   Pengunjung
Pengunjung Hari ini :
Jumlah pengunjung :

Kali Terakhir Dikemaskini :
Jumaat, 10 September 2010
Tema : Biru      Hitam | Saiz Tulisan: Tambah Kecilkan | Peta Laman | Soalan Lazim | English
       
  Aktiviti Surau
 
Aktiviti Surau FNM bagi bulan September 2009



Majlis                :       MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH                             

Tempat:            :       RUANG LEGAR UTAMA FILEM NEGARA MALAYSIA

Tarikh               :       SABTU 12 SEPTEMBER 2009

 

Seperti di tahun-tahun yang lalu pihak Surau FNM dengan kerjasama PUSPANITA dan Kelab Sukan FNM telah mengadakan Majlis berbuka puasa & solat terawih berjemaah.

Solat terawih telah di imamkan oleh Tuan Hj. Mohd. Salleh bin Yaakob.

Majlis ini dapat mengeratkan lagi  silaturrohim diantara kakitangan serta ahli keluarga yang hadir,

Seperti kata pepatah Melayu ``tak kenal maka tak cinta``


 
 
 



Aktiviti Surau FNM bagi bulan September 2009




 Majlis               :     CERAMAH BULANAN                          

  Tempat            :     PANGGUNG 1 FILEM NEGARA MALAYSIA

  Tarikh             :     KHAMIS  3 SEPTEMBER  09

 

 Intipati Ceramah:

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana Allah SWT meluaskan rahmat-Nya agar menaungi seluruh hamba-hamba- Nya yang tekun beribadat dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Padanyalah diturunkan al-Quran yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam.

 
 



Aktiviti Surau FNM bagi bulan March 2009


Penceramah        :    USTAZ MOHD. ANAS BIN MOHD. ZAINI (Penceramah Bebas)                           

Tajuk                    :    "KEHADIRANNYA MENGUBAH DUNIA"

Tempat                :     SURAU FILEM NEGARA MALAYSIA

Tarikh                   :    26 March 2009

Intipati Ceramah:


Rasulullah saw diutuskan untuk membawa kalimah Allah swt untuk mengubah aqidah dan cara hidup menurut kehendak syariat contohnya Semenanjung Tanah Arab yang merupakan satu lembah yang kering kontang dan mundur serta dihuni oleh Arab Jahiliah berjaya diubah menjadi sebaliknya.


Aktiviti Surau FNM bagi bulan Februari 2009

Penceramah       :   Ustaz Abdul Rahman bin Haji Marjunid (Penceramah Bebas)                         

Tajuk                   :  "Perjuangan & Dakwah Rasulullah SAW Dalam Islam"

Tempat               :  Panggung 1 FNM

Tarikh                  : 26Februari 2009

 

Intipati ceramah:


Kecekalan Perjuangan & Dakwah Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam wajib di teruskan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan. Kejayaan Rasulullah tiada tandinganya dalam sejarah manusia. Dalam tempoh 23 tahun sahaja (10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah berbagai kejayaan yang telah dapat di kecapi diantaranya adalah:

  1. Menghapuskan cara hidup dan budaya jahiliyyah dan menggantikannya dengan kesusilaan budi pekerti yang mulia
  2. Menegakkan agama yang benar yang boleh menyampaikan seseorang itu ke kemuncak kebahagiaan dinia dan akhirat

Aktiviti Surau FNM bagi bulan Januari 2009

Ustaz Nazri bin Mohd. Noh memberi Ceramah

·        Penceramah : Ustaz Nazri bin Mohd. Noh (Imam Masjid As-Syakirin KLCC)

·        Tajuk:  "Rahsia Muharram"   

·        Tempat: Surau FNM

·        Tarikh: 20, Januari 2009

Intipati ceramah:

      Bulan Muharram merupakan satu bulan yang menggamitkan pelbagai kenangan yang tercetus di dalamnya, kita sebagai seorang Muslim seharusnya memiliki minda yang tersemat tentang sejarah dan kehebatan bulan pertama dalam tahun Hijrah ini. Kita juga seharusnya mengetahui rahsia-rahsia yang berlaku di dalam bulan mulia ini agar roh "HIJRIAH" dapat diserapkan ke dalam jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia secara amnya dan di Malaysia khususnya.

      Banyakkan berpuasa, bersedekah, berdoa serta melakukan perkara-perkara yang boleh menggembirakan keluarga. Diantara peristiwa yang berlaku pada bulan ini adalah:

i.   Allah SWT menerima taubat Nabi Adam  sehingga bersih dari segala dosa dan kesilapan

ii.  Allah SWT menyembuhkan penyakit Nabi Ayub

iii. Allah SWT mengurniakan kerajaan besar kepada Nabi Sulaiman

Selepas ceramah "Tabung Derma Kemanusiaan Ghaza" di lancarkan dan serentak dengan aktiviti tersebut acara memasak bubur "asyura" juga di jalankan secara bergotong royong.

 
 
 


Aktiviti Surau FNM bagi bulan November 2008

  • Penceramah: Ustaz Mohd. Rozali Bin Zahari Al-Hafiz
  • Tajuk : "Mukmin Sejati"
  • Tempat : Panggung 1
  • Tarikh : 27 November 2008 (Khamis)
  • Masa : 9.45 pagi

Intipati Ceramah:Allah SWT menyatakan bahawa manusia adalah ciptaannya yang terlalu istimewa jika dibandingkan dengan makhluk ciptaannya yang lain. Jadi perlulah bagi setiap insan menghargainya dan berusaha mencapai tahap "Mukmin yang Sejati`.

Diantara sifat-sifat "Mukmin yang Sejati":

      • Menjaga solat lima waktu
      • Teguh agamanya
      • Tawakkal
      • Bertakwa
      • Menjaga lidah
      • Gementar apabila di sebutkan nama Allah Swt
      • Tidak dipengaruhi oleh syahwat dan nafsu
      • Menundukkan pandangan