28 Ramadhan 1431 H
Selasa, 07 September 2010

  
 
Piagam Pelanggan
 
FNM Cawangan Sarawak
 
Program Karyawan Muda
 
Pertandingan Kreatif Iklan Dan Filem Pendek "Hijrah"
  Perkhidmatan Atas Talian
 
WebMail FNM
 
Intranet FNM
 
e-Lawatan
 
Pinjaman Filem
 
Sewaan Peralatan
 
Perkhidmatan Perfileman
  Prebiu Koleksi Filem
Warkah Untuk Perdana Menteri
raja berpelembagaan
gamat
TEROWONG SMART
Bangau Oh Bangau
Dokumentari
Treler/Kapsul
 
Animasi
  Pautan Laman Web
   Pengunjung
Pengunjung Hari ini :
Jumlah pengunjung :

Kali Terakhir Dikemaskini :
Selasa, 07 September 2010
Tema : Biru      Hitam | Saiz Tulisan: Tambah Kecilkan | Peta Laman | Soalan Lazim | English
       
  Aktiviti FNM
 
 
MAJLIS SUAI KENAL, BACAAN IKRAR AKU JANJI DAN MENANDATANGANI
SURAT AKU JANJI PEGAWAI BARU
 
 
Oleh: Nurhudawati Mansor
 

11 Januari 2010 jam 9.15 pagi  bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Filem Negara Malaysia berlangsung Majlis Suai Kenal, Ikrar Aku Janji dan Acara Menandatangani Surat Aku Janji untuk Penerbit Rancangan Gred B27 dan Pengawal Keselamatan KP11 yang dihadiri oleh Ketua Pengarah, Pengarah Produksi, Ketua Unit Penerbitan, Ketua Unit Dokumentasi dan Wakil Ketua Pembantu Tabdir (SM) 1.

 
 

Mohd Kamarul Ariffin bin Mohammad Azmi, Penerbit Rancangan Gred B27 dan Darwin bin Anshuar, Pengawal Keselamatan KP11 sedang membaca Ikrar Aku Janji.

 

 

YM Raja Rozaimie Dalnish, Ketua Pengarah Filem Negara Malaysia menerima dengan tangan terbuka kehadiran warga baru FNM.


LAWATAN KOLEJ PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LATIHAN (PTPL), SHAH ALAM

KE JABATAN FILEM NEGARA MALAYSIA

 

 

Seramai 40 orang pelajar dan diiringi 3 pensyarah telah melawat ke Jabatan Filem Negara Malaysia pada 2 Disember 2009 (Rabu) jam 10.00 pagi. Mereka telah dibawa melawat ke Studio Pentas Bunyi, Makmal Warna P. Ramlee, Unit Suntingan dan Muzik, Unit Audio dan tidak ketinggalan Unit Animasi. Sebelum dibawa melawat ke sekitar FNM, para pelajar dihidangkan dengan tayangan treler dan animasi yang diterbitkan oleh FNM. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang fungsi dan peranan FNM kepada pelajar.

 

Pegawai Pelapor:

Nama       :       Nurhudawati Mansor

Jawatan   :       Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17

Tarikh      :       7 Disember 2009


MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK DAN TAKLIMAT CUEPACS CARE

    

TARIKH / MASA                   : 23 November 2009

TEMPAT                                : Panggung 1, Jabatan Filem Negara Malaysia

PENGANJUR                         : Jabatan Filem Negara Malaysia

BILANGAN PESERTA         : 58 Orang

 

OBJEKTIF :

Memberi pendedahan kepada warga FNM tentang kelebihan dan kebaikan menyertai Skim Simpanan Dan Kesihatan Kelompok CUEPACS.

 

KETERANGAN RINGKAS  :

 

Jabatan Filem Negara Malaysia dengan kerjasama CUEPACS telah menganjurkan Majlis Penyerahan Replika Cek Tuntutan Penyakit Kritikal kepada Puan Halijah Binti Mohd Arshad dari Bahagian Makmal kerana mengidap Penyakit Kanser Payudara. Puan Halijah telah menerima pampasan daripada CUEPACS sebanyak RM 40,861.86 setelah menyertai Skim Simpanan Dan Kesihatan Kelompok CUEPACS semenjak 2006. Penyerahan replika cek tersebut disampaikan oleh Encik Chong Kon An, Pegawai Penerangan Dan Kebajikan CUEPACS diiringi Pengarah Pengurusan, Encik Booi Chong Leng. Di samping itu taklimat faedah-faedah menyertai skim ini turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga FNM tentang kelebihan dan kebaikannya. Antara ciri-ciri keistimewaan skim ini ialah jauh lebih rendah berbanding dengan polisi individu, pengeluaran wang tunai kecemasan dibenarkan selepas 12 bulan penyertaan dan perlindungan sehingga umur 65 tahun dan 24 jam di merata dunia.

 

 

Disediakan Oleh:

Siti Musitah Binti Che Dan

Unit Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Pengurusan


TAHNIAH OPTIMISTIK FNM
Oleh: suriah@filemnegara.gov.my
 
 

Tahniah kepada peserta KMK Jabatan Filem Negara kerana berjaya mendapat tempat kedua di dalam Konvensyen KMK yang telah berlangsung di Kompleks Krangkraf KPKK Kuala Lumpur pada 23 november 2009. Bersama Fasilitator Puan Hajjah Suriah Juah dan lima dari tujuh ahlinya yang dapat hadir  pada waktu tersebut ia itu Azhar Kuyub, Azmi Mamat, Zulkefly Mohd Din, Mohd Fadzly Abd Rahman Dan Mohd Shahrien Ahmad telah berjaya menyakinkan panel hakim dengan tajuk yang di pilih  ` Kekurangan Pita Dvcpro M66 ` disertai  dengan persembahan berkumpulan yang mantap. 

          

Kumpulan yang di beri nama `Optimistik` telah di zahirkan pada 13 Mac 2009 telah  melalui pelbagai kepayahan kerana penglibatan anggota dengan kerja-kerja  teknikal yang memerlukan anggota berada di luar pejabat.  Mereka telah berjaya melepasi pelbagai rintangan  dari segi masa dan tenaga dan akhirnya pengorbanan mereka membuahkan hasil dengan pengumuman sebagai naib juara di majlis hari Q KPKK yang berlangsung pada 24 November 2009. Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Optimistik Jabatan.


MAJLIS SUAI KENAL, BACAAN IKRAR AKU JANJI DAN MENANDATANGANI SURAT AKU JANJI PEGAWAI BARU

Pada 11 November 2009, jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Filem Negara Malaysia berlangsung Majlis Suai Kenal, Ikrar Aku Janji dan Acara Menandatangani Surat Aku Janji untuk Penerbit Rancangan Gred B27, Penerbit Rancangan B17, Juruteknik Gred J17, Juruteknik Teknologi Maklumat Gred F17 dan Pembantu Makmal Gred C17 yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah, Pengarah Produksi, Ketua Unit Penerbitan, Ketua Unit Dokumentasi dan Ketua Pembantu Tabdir (SM) 1.

Senarai nama pegawai baru adalah seperti berikut:

1.       Ahmad Muies  Abdul Gapar        Penerbit Rancangan Gred B27

2.       Nor Ikhsan  Nor Radzuan            Penerbit Rancangan Gred B27

3.       Jabir bin Shafie                          Penerbit Rancangan Gred B27

4.       Mohd. Noor  Ariffin                     Penerbit Rancangan Gred B17

5.       Md. Hafizi  Md. Hata                  Pembantu Makmal Filem Gred C17

6.       Muhamad Yazi  Bakar               Juruteknik (Elektronik) Gred J17

7.       Amran  Ab. Rahman                  Juruteknik (Elektronik) Gred J17

8.       Mohd. Shahhizam Che Ahmad   Juruteknik Teknologi Maklumat Gred FT17

 
 

PEGAWAI PELAPOR:
NAMA          :   NURHUDAWATI MANSOR
TARIKH       :   11 November 2009


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Jabatan Filem Negara Malaysia telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  pada 15 Oktober 2009 (Khamis). Majlis tersebut bertujuan untuk meraikan pegawai-pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008. Nama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah seperti berikut:-

BIL      NAMA                                                              JAWATAN

1          Abu Hasan Lebai Ahmad                                 Penerbit Rancangan B44

2          Alias B Awang                                                  Juruteknik J17

3          Che Samshoon Bt Md Nor                               Pembantu Tadbir (P/O) N22

4          Che Wan Norhizatul Naizar Bt Ibrahim            Pembantu Tadbir Rendah N11          

5          Ersugandi B Marsuki                                        Pembantu Kamera/Pemandu N3

6          Fathin Zarina Bt Ahmad                                    Pen. Pegawai Tadbir N27

7          Jaafar B Mohd Nor                                            Pembantu Perpustakaan S22

8          Leha Bt Jonit                                                     Pembantu Makmal C17

9          Mardziah Bt Mior Abu Bakar                             Pembantu Teknik J29

10        Mohd Aris B Ahmad                                          Juruteknik J22

11        Mohamad Kamal B Nordin                                Penerbit Rancangan B22

12        Nor Shela Bt Baharudin                                     Penerbit Rancangan B22      

13        Nordiana Bt Abas                                               Pembantu Makmal C17

14        Romadiah Bt Abdul Ghani                                 Pembantu Makmal C22

15        Rozilawati Bt Mamat                                          Pembantu Tadbir Kew W17

16        Sabariah Bt Suboh                                             Pembantu Penerbitan B22    

17        Salleh B Abd Rahman                                       Penerbit Rancangan B41

18        Shaiful B Abdul Aziz                                           Pembantu Kamera/Pemandu N3

19        Siti Musitah Bt Che Dan                                     Pembantu Tadbir Rendah N11          

20        Zulkefly B Nanyan                                               Penerbit Rancangan B48      

21        Zulkifli B Ahmad                                                 Tukang K3 (Tukang Kayu)

 

Anugerah tersebut diberikan kepada seseorang pegawai bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan pegawai berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada pegawai-pegawai lain untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

 

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang menerima hadiah berupa Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00

 

 

Disediakan Oleh:

Siti Musitah Binti Che Dan

Unit Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Pengurusan


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE – 52 TAHUN 2009

 

 

 

 

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke – 52 telah diadakan secara sederhana pada 31 Ogos 2009 bertempat di Dataran Parlimen, Parlimen Malaysia. Seramai 50 orang warga FNM telah mengikuti sambutan tersebut. Seawal 7.00 pagi warga FNM  telah berkumpul di sepanjang Jalan Parlimen untuk mengikuti sambutan tersebut. Sambutan tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Filem Negara Malaysia, Y.M. Raja Rozaimie Dalnish Shah. Sambutan ini turut menyemarakan semangat 1Malaysia dikalangan warga FNM.

 

    
PEGAWAI PELAPOR:
NAMA          :   NURHUDAWATI MANSOR
TARIKH       :   31 OGOS 2009


TAJUK KURSUS / AKTIVITI : TAKLIMAT DAN MENGAKTIFKAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN BERSEPADU

 

TARIKH / MASA                  :    4 Ogos 2009 (9.00 pagi)

TEMPAT                                :    Panggung 1, Jabatan Filem Negara Malaysia

PENGANJUR                        :    Jabatan Filem Negara Malaysia

BILANGAN PESERTA         :    100 Orang


OBJEKTIF

1) Memberi penerangan tentang penggunaan Sistem Pengurusan Keselamatan Bersepadu (PKBS)


2) Memberi penerangan tentang cara penggunaan Time Management System (TMS).


3) Memberi ilmu pengetahuan tentang kebaikan Sistem Pengurusan Keselamatan Bersepadu (PKBS).


4)Memberi ilmu pengetahuan tentang Modus Operandi Time Management System  (TMS)

 

KETERANGAN RINGKAS  :

     Taklimat dan Mengaktifkan Sistem Pengurusan Keselamatan Bersepadu telahb disampaikan oleh Encik Mohanan A/L Alex Louis dan dibantu oleh  Encik Masfaizulnizam dari Cawangan Keselamatan, Pejabat SPKB  Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia. Taklimat ini mengenai cara-cara dan kebaikan penggunaan Sistem Pengurusan Keselamatan Bersepadu (PKBS) dan Modus Operandi Time Management System  (TMS) serta cara-cara penggunaan Kad Akses yang betul. Satu demonstrasi Sistem Pengurusan Keselamatan Bersepadu (PKBS) dan Time Management System  (TMS) juga diadakan di Foyer Makmal bagi memberi pendedahan yang lebih tepat kepada pemegang Kad Akses.

          

        

          PEGAWAI PELAPOR;
          NAMA          :   SITI MUSITAH BINTI CHE DAN
          TARIKH       :   5 OGOS 2009  

TAJUK KURSUS / AKTIVITI : WACANA SEHARI PEMBANGUNAN INSAN

         "MINDA BESTARI"

 

 

         TARIKH / MASA: 21 Julai 2009

         TEMPAT          :  Panggung 1, Jab Filem Negara Malaysia

         PENGANJUR : Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia.

         BILANGAN PESERTA:100 Orang

 

        OBJEKTIF :

 

Bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani (spiritual), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

 

 

       KETERANGAN RINGKAS  :

 

        Ceramah anjuran bersama Jabatan Filem Negara Malaysia ini disampaikan oleh;

 

i)             Ustaz Zamri Shafik, Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM,

Peribadi Unggul Minda Ulul Albab.

ii)            Ustaz Wan Jaafar Wan Ahmad, KPP Pusat Bahasa ILIM,

Pendekatan Islam Hadhari.

iii)           Ustaz Azamil Hj Alias, Timb. Mufti Negeri Sembilan,

Keluarga Bahagia dan Keseronokan Bekerja.

 

        PEGAWAI PELAPOR;

          NAMA          :   SITI MUSITAH BINTI CHE DAN
          TARIKH       :   1 OGOS 2009


TAJUK KURSUS / AKTIVITI : Taklimat Isu-Isu Semasa

 

 

TARIKH / MASA                :    10 Julai 2009

TEMPAT                             :    Panggung 1, Jabatan Filem Negara Malaysia

PENGANJUR                     :    Jabatan Filem Negara Malaysia

BILANGAN PESERTA       :     92 Orang

 

OBJEKTIF :

a) menyedari hakikat tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya

b) mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang

     diipertanggungjawabkan

 

KETERANGAN RINGKAS  :

 

Taklimat Isu-Isu Semasa yang bertajuk "Menjana Keterbilangan" ini disampaikan oleh En. Ahmad    Nazari Bin Mohd Hanapiah dari Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Penerangan, Komunikasi  Dan Kebudayaan, Malaysia mengenai amanah dan tanggungjawab penjawat awam dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam bagi  menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada daripada segi masa, kuasa, sumber kewangan, peralatan dan tenaga kerja.

 

  

  

            PEGAWAI PELAPOR
NAMA         :   NUR FARAHANIS BT ABDUL RAHMAN
JAWATAN   :   PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
TARIKH       :   14 JULAI 2009


KURSUS `SAFETY IN THE USE OF CHEMICAL`

 

TARIKH                  :   11 Hingga 12 Mei 2009

TEMPAT                :    Panggung Makmal Filem Negara Malaysia

PENGANJUR         :   Bahagian Makmal Filem Negara Malaysia  Dengan Kerjasama Bahagian Pentadbiran Dan Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh)

BILANGAN PESERTA : 25 Orang

OBJEKTIF: 
         

·    Memberi pendedahan kepada pegawai diJabatan Filem Negara tentang keselamatan ditempat kerja

·    Memberi pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan penggunaan bahan kimia.

·    Memberi pengetahuan tentang pengurusan bahan kimia

·    Memberi pengetahuan tentang kesan-kesan bahan kimia terhadap kesihatan


KETERANGAN RINGKAS:

          Bahagian Makmal telah menganjurkan kursus `Safety in The Use of Chemical` pada 11 dan 12 Mei 2009 bertempat di Panggung Makmal Filem Negara Malaysia.  Kursus ini telah di hadiri oleh pegawai-pegawi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengendalian bahan kimia dan pegawai dari unit keselamatan Jabatan.  Kursus telah dikendalikan oleh penceramah Dr. Ibrahim dan Tuan Hj. Mohd Ariff Baba dari Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) yang berpengalaman luas tentang keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.  Para peserta telah mendapat banyak maklumat tentang peraturan-peraturan pengendalian bahan kimia, klasifikasi bahan-bahan  kimia, kesan-kesan terhadap kesihatan manusia dan persekitaran, kaedah pengurusan yang betul , aspek penyimpanan bahan kimia dengan kaedah yang betul dan selamat begitu juga dengan penggunaan peralatan yang betul dalam pengendalian bahan kimia dan langkah-langkah keselamatan jika berlaku sebarang kecelakaan atau bencana.  Ceramah disampaikan dengan bantuan tayangan video telah dapat memberi impak  peri pentingnya kita mejaga kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

 

PEGAWAI PELAPOR:                                               
HJH. HATIJAH JAAFAR

 


 KURSUS PENCAHAYAAN PENGGAMBARAN FILEM/VIDEO (LANJUTAN)

 

TARIKH / MASA          :    17 HINGGA 22 MEI 2009

TEMPAT                     :     EVERLY RESORT HOTEL MELAKA

PENGANJUR               :    BAHAGIAN KEJURUTERAAN FNM

BILANGAN PESERTA  :    17 ORANG

OBJEKTIF                   

·Memberikan pendedahan teknik-teknik pencahayaan yang baik bagi merealisasikan wawasan jabatan untuk menghasilkan filem dokumentari, treller dan animasi yang setanding dengan produksi antarabangsa.

·Meningkatkan pengetahuan serta kreativiti dalam pembikinan sesebuah produksi yang berkualiti serta   menepati kehendak pelanggan.

·Memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai kepentingan "pengukuran cahaya" dalam menjamin kualiti produksi yang akan dihasilkan.

·Membentuk budaya kerja berpasukan

 

KETERANGAN RINGKAS :

      Kursus ini berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang baik dari peserta-peserta. Segala tugasan dapat diselesaikan sebaik mungkin dengan bantuan penceramah dan urusetia yang berpengalaman dalam bidang yang berkenaan.

 

 

    PEGAWAI PELAPOR
    NAMA        :     AZHAR BIN KUYOB
    JAWATAN :     PEMBANTU TEKNIK J29 (Urusetia Kursus)
    TARIKH     :     2 Jun 2009

KURSUS COLOR WORKSHOP

 

TAJUK KURSUS / AKTIVITI    :       KURSUS COLOR WORKSHOP

TARIKH / MASA                        :       14 hingga 16 April 2009

TEMPAT                                    :        Panggung Makmal, Filem Negara Malaysia

 PENGANJUR                            :       Bahagian Makmal,  Filem Negara Malaysia

 BILANGAN PESERTA              :      19 orang

 OBJEKTIF :

a.       Memberi pendedahan kepada anggota JFNM tentang teknik dan teknologi terkini dalam industry perfileman

b.       Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota JFNM tentang penggunaan dan pemprosesan filem

c.        Meningkatkan teknik pengendalian bahan filem yang dipraktikkan dalam Makmal Filem Warna bagi mencapai mutu yang maksima 

KETERANGAN RINGKAS :

         Bahagian Makmal telah menganjurkan kursus "Color Workshop" untuk semua anggotanya dari 14 hingga 16 April 2009 bertempat di Panggung Makmal. Kursus ini telah dihadiri oleh 19 orang peserta yang terdiri daripada satu kombinasi mantap anggota lama dan baru.  Penceramahnya, Encik Chee Yin Onn, yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang khidmat makmal filem dan filem sinematografi, telah diterbangkan khas dari Australia untuk mengendalikan kursus tersebut.  Para peserta mendapat banyak manfaat daripada kursus ini apabila Encik Chee sudi berkongsi  pengetahuan dan pengalamannya melalui ceramah yang telah disampaikannya dalam gaya yang sangat menarik.

 

 

 
Pegawai Pelapor
Nama       :  Tan Kah Poh
Jawatan   :   Pen Peg Makmal Filem
Tarikh       :  21 /4/2009

KLINIK MOTIVASI PENINGKATAN KUALITI KERJA

 

TAJUK KURSUS / AKTIVITI  :  KLINIK MOTIVASI PENINGKATAN KUALITI KERJA
TARIKH / MASA                       :  13 HINGGA 15 MAC 2009
TEMPAT                                   :  SANTUBONG RESORT, KUCHING SARAWAK
PENGANJUR                          :  FILEM NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
BILANGAN PESERTA            :  36 ORANG

OBJEKTIF :
a.       Meningkat kefahaman tentang kerja sebagai amanah dan ibadah.
b.       Meningkatkan motivasi untuk kerja dengan lebih produktif.
c.       Mengenal pasti potensi dan kekangan kendiri sebagai pekerja.
d.       Mewujudkan budaya kerja cemerlang.

KETERANGAN RINGKAS :

      Cawangan Sarawak telah menganjurkan kursus Klinik Motivasi Peningkatan Kualiti Kerja (KLIMAK) pada 13 hingga 15 Mac 2009 bertempat di Santubong Resort Kuching Sarawak.  Kursus ini telah dihadiri oleh 36 peserta yang terdiri daripada kakitangan FNMCS dan kakitangan dari ibu Pejabat yang terdiri dari kumpulan Sokongan II.  Perunding atau penceramah  bagi kursus ini adalah AsasInsan Resources & Training yang mempunyai pengalaman yang luas  dalam bidang motivasi dan telah diterbangkan khas dari Bangi, Kuala Lumpur.  Para peserta juga telah mendapat manfaat yang amat diperlukan setelah menghadiri kursus ini dan mereka juga berharap agar dapat dilakukan lagi pada masa akan datang. Gaya dan penyampaian penceramah juga telah memberi kesan yang mendalam kepada peserta kursus

Pegawai Pelapor
Nama      : Sawiya binti Salim
Jawatan   : Pen. Pegawai Tadbir
Tarikh      : 24 April  2009