28 Ramadhan 1431 H
Selasa, 07 September 2010

  
 
Piagam Pelanggan
 
FNM Cawangan Sarawak
 
Program Karyawan Muda
 
Pertandingan Kreatif Iklan Dan Filem Pendek "Hijrah"
  Perkhidmatan Atas Talian
 
WebMail FNM
 
Intranet FNM
 
e-Lawatan
 
Pinjaman Filem
 
Sewaan Peralatan
 
Perkhidmatan Perfileman
  Prebiu Koleksi Filem
Warkah Untuk Perdana Menteri
raja berpelembagaan
gamat
TEROWONG SMART
Bangau Oh Bangau
Dokumentari
Treler/Kapsul
 
Animasi
  Pautan Laman Web
   Pengunjung
Pengunjung Hari ini :
Jumlah pengunjung :

Kali Terakhir Dikemaskini :
Selasa, 07 September 2010
Tema : Biru      Hitam | Saiz Tulisan: Tambah Kecilkan | Peta Laman | Soalan Lazim | English
       
  Pencapaian 2008
 

Penerbitan Filem

Pada tahun 2008, FNM telah menerbitkan 76 buah filem dokumentari, 129 buah filem treler / kapsul, 255 liputan arkib dan 20 buah filem animasi. Ini digambarkan dalam Carta 1.

 

 

Carta 1 : Kategori filem yang dihasilkan dalam tahun 2008

Aktiviti Penting dan Pencapaian Lain

1.       Dialog Penggiat Filem Bersama Y.B. Dato` Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

  

Majlis Dialog telah dilangsungkan dengan jayanya pada 10 Jun 2008 di Dewan Cendekiawan, Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR). Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada para penggiat filem yang dianggarkan melebihi 500 orang.

Dialog yang bertemakan Memacu Kecemerlangan Kandungan Tempatan ini, berjaya menemukan para penggiat filem dengan Y.B. Dato` Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang telah memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan, masalah dan cadangan.

 

2.    Program Karyawan Muda

 

  

Program Karyawan Muda (PKM) merupakan sebuah program baru yang dicetuskan ideanya oleh Y.B. Dato` Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

 

Program tersebut bertujuan mengenengahkan bakat-bakat baru dalam industri perfileman tempatan, memberi ruang kepada karyawan muda mempamerkan kreativiti, menggalak dan mempromosikan penerbitan filem pendek di peringkat tempatan dan antarabangsa.

 

Program Karyawan Muda telah dilancarkan pada 17 Julai 2008 oleh Y.B. Dato` Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.

 

Rancangan Program Karyawan Muda telah mula disiarkan di RTM1 mulai 19 Julai 2008 pada jam 5.30 petang setiap Sabtu dan Ahad. Durasi setiap rancangan ialah 30 minit. Setiap penyertaan akan melalui proses penjurian dan para pemenang diraikan dalam satu majlis malam Anugerah Program Karyawan Muda dalam bulan April 2009.

 

Pendapatan 

FNM memperoleh pendapatan sebanyak RM406,568.80 pada tahun 2008 hasil daripada perkhidmatan yang diberikan kepada agensi kerajaan dan pihak swasta. Pendapatan ini diperoleh daripada khidmat penerbitan filem, pemprosesan filem, sewaan studio dan peralatan serta perkhidmatan lain. Statistik pendapatan bulanan diperlihatkan dalam Jadual 1 dan carta 2.

 

Jadual  1:  LAPORAN KUTIPAN HASIL FNM

 SEHINGGA 31 DISEMBER 2008  

                   

 

 

 

 

BULAN

KOD HASIL

72499

74999

JUMLAH

PERKHIDMATAN

SEWAAN

(RM)

(RM)

 

 

 

 

JAN

126,077.00

450.00

126,527.00

FEB

2,306.00

2,500.00

4,806.00

MAC

60.00

 

60.00

APRIL

13,970.00

3,661.80

17,631.80

MEI

354.00

600.00

954.00

JUN

22,740.00

5,962.00

28,702.00

JULAI

6,300.00

-

6,300.00

OGOS

1,084.00

2,400.00

3,484.00

SEPT

139,052.00

2,000.00

141,052.00

OKT

-

-

-

NOV

45,000.00

-

45,000.00

DIS

24,492.00

7,560.00

32,052.00

 

 

 

 

JUMLAH

381,435.00

25,133.80

406,568.80

 

Carta 2 : Kutipan hasil FNM mengikut bulan bagi tahun 2008

 

Aktiviti Sukan

  

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL DAN BADMINTON

ANTARA JABATAN FILEM NEGARA MALAYSIA DENGAN MAHKAMAH SYARIAH MELAKA

 

 

Kelab Sukan Filem Negara (KSFN) dan Kelab Sukan Mahkamah Syariah Melaka telah berjaya menganjurkan satu program bagi melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Jabatan Filem Negara Malaysia (FNM) dan Mahkamah Syariah Melaka. Program yang dimaksudkan ialah perlawanan persahabatan futsal dan badminton antara FNM dengan Mahkamah Syariah Melaka. Program telah dilangsungkan pada 22 November 2008 di Melaka Bandaraya Bersejarah.

 

Acara futsal dan badminton telah dipilih dalam perlawanan persahabatan tersebut. Setelah bertarung dalam acara futsal, keputusannya ialah FNM (14) dan Mahkamah Syariah Melaka (14) manakala untuk acara badminton berakhir dengan kemenangan berpihak kepada FNM dengan keputusannya FNM (4) dan Mahkamah Syariah Melaka (1). Program yang dianjurkan telah berjaya melahirkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak.