SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN KREATIF IKLAN DAN FILEM PENDEK “HIJRAH”


1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2. Tema bagi produksi adalah “HIJRAH” (penerangan berkaitan seperti di lampiran) dan mestilah berbahasa Malaysia.

3. Produksi yang dihasilkan pada tahun 2008 sehingga tarikh tutup penyertaan layak menyertai pertandingan.

4. Bagi kategori iklan (promo) tidak melebihi 1 minit, penyertaan boleh dihantar dalam bentuk iklan biasa dan animasi.

5. Bagi kategori filem pendek durasi 5 hingga 10 minit, penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, animasi, eksperimental dan jenaka.

6. Produksi mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau kontroversi dari segi budaya dan agama masyarakat Malaysia.

7. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah memenangi anugerah dalam mana-mana festival filem / video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

8. Format produksi hendaklah memenuhi kualiti siaran (broadcast standard).

9. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai music track yang sedia ada di pasaran / hakmilik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berkenaan.

10. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Penyertaan adalah percuma.

11. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Urus Setia kepada setiap peserta.

12. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima.

13. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.

14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak.

15. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli / diciplak.

16. Keputusan Panel Juri adalah muktamad.

17. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Urus Setia Pertandingan Kreatif Iklan & Filem Pendek “HIJRAH” menggunakan produksi tersebut untuk tujuan promosi dan siaran di TV sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

18. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

19. Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan :

a) Sinopsis produksi.

b) 2 salinan DVD.

c) Biodata peserta.

d) 1 salinan surat kelulusan jika mengguna pakai music track di pasaran / hakmilik orang lain.

e) 1 salinan Kad Pengenalan peserta.

f) Perakuan dari Institusi Pengajian / Jabatan / Agensi – Borang 1

g) Perakuan Tenaga Kreatif Produksi – Borang 2

h) Perakuan Tidak Memenangi Anugerah – Borang 3

Penyertaan perlu dihantar ke alamat berikut :

Urus Setia
Pertandingan Kreatif Iklan Dan Filem Pendek “HIJRAH”
Jabatan Filem Negara Malaysia
Jalan Utara
46547 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

20. Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi :

• En. Ahmad Junaidi Reappai
• En. Nyoh Austine Sidai

No. Telefon : 03-79682149 / 03-79682081

No. Faks : 03-79682052 / 03-79567463

E-mel :
     junaidi@filemnegara.gov.my
     nyoh@filemnegara.gov.my